PVTLDMPERAK
MISI, VISI, OBJEKTIF, LOGO, LENCANA DAN BENDERA
PERSATUAN VETERAN TENTERA LAUT
(CAWANGAN NEGERI PERAK)
MISI
RELEVAN
Menjadi Persatuan yang relevan dan sentiasa memberi manfaat yang bermakna kepada ahli-ahlinya.
VISI
BERMARTABAT
Menjadi Persatuan yang bermartabat dan diiktiraf serta dikenali diperingkat TLDM, ATM, Negeri dan Negara.
OBJEKTIF
KEBAJIKAN & SOSIO EKONOMI
Membantu dalam urusan hal-hal kebajikan dan sosio ekonomi veteran-veteran TLDM.
LAMBANG

Bentuk Bujur Lilitan Tali
Tempat Perlindungan kepada Veteran Tentera umpama kulit sebiji telur yang melindungi telur sehingga menetas dan menggambarkan silaturahim tiada putusnya.
Wheel
Persatuan sebagai pemandu kepada hala tuju bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Sauh
Berlabuh setelah selesai menamatkan Perkhidmatan daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Kapal Layar
Menggambarkan pelaut yang melayari samudera.
Alunan Ombak
Melambangkan ketahanan mental dan fizikal ahli-ahli dibawah naungan persatuan.
Warna Biru Laut
Warna perpaduan.
Putih
Ikhlas dan suci.
Keemasan
Lambang nilai dan budi pekerti keahlian.
BENDERA
Jalur, Warna dan Lambang
Jalur melintang di tengah-tengah bendera berwarna Biru Tua adalah warna rasmi TLDM, manakala Lambang Persatuan terletak di tengah-tengah jalur biru.

Perlukan Bantuan?
Chat dengan kami.